Saturday 19 April 2014

APA ITU SERUM?


Apa itu Serum?


Serum adalah sejenis cecair yang mengandungi formula yang berguna untuk memperbaiki struktur kulit. 
Serum terdiri daripada bahan yang berasaskan air yang mudah dan cepat menyerap masuk sehingga ke lapisan dalaman kulit (dermis) dan tidak berminyak.
Serum bertindak untuk merawat pelbagai permasalahan kulit seperti tompok-tompok hitam, kulit kusam, tona warna tak sekata, kering, kedutan dan garis-garis halus yang terdapat pada kulit wajah
membantu mencegah jerawat 
mencerahkan kulit 
memberi kesegaran dan keanjalan pada kulit. 

Serum adalah ejen yang membekalkan vitamin serta mineral yang diperlukan oleh sel-sel kulit. 
Serum muka adalah amat penting untuk semua jenis kulit, dan harus menjadi amalan penjagaan kecantikan harian kita tanpa mengira faktor umur.
 Serum menjadi keperluan bagi kulit kita masa kini yang kerap terdedah kepada radikal-radikal bebas di udara yang boleh menyebabkan kerosakan sel-sel kulit.
Serum berfungsi sebagai ejen pembaik pulih, ejen pencerahan, ejen hidrasi dan ejen anti-penuaan.



Ejen Pembaik Pulih 
Memperbaiki sel-sel yang rosak serta memberi vitamin bagi mempercepatkan penumbuhan sel-sel yang baru. Juga mengelakkan berlaku pembentukan kotoran di bawah kulit muka yang mengakibatkan jerawat.

Ejen Pencerahan
Meratakan tona kulit dengan sekata dan memberi pencerahan pada kulit. 
Ejen Hidrasi 
Membekalkan cairan yang diperlukan oleh muka supaya tidak berlaku pengeringan dan pengelupasan.

Ejen Anti-Penuaan
Mengurangkan garis-garis halus dan kedut serta menurunkan kadar pembentukan tompok-tompok hitam pada kulit. Ia juga dapat menegangkan kulit muka untuk awet muda.



Serum adalah produk mampu milik dan menjadi penyelesaian kepada masalah kulit kita :D



Tips:
Anda boleh pilih serum yang sesuai dengan anda,tapi ingat kalau anda ada jerawat pakai serum untuk jerawat dulu jangan memandai pilih serum yang lain,walaupun kawan anda kata boleh, itu kulit dia kulit anda lain cerita.
Hanya org tertentu boleh pakai apa jenis serum dan banyak orang yang tidak boleh pakai semua jenis serum semasa jerawat , ini adalah kerana jerawat boleh meradang dan jadi lebih teruk , dan akibatnya muka anda akan banyak parut yang lambat nak hilang,nak selamat pakai serum jerawat dulu dah sembuh boleh pakai yang lain.
Bagi yang ada mesin ultrasonic masa nilah nak gunakan.Ada banyak kebaikan kalau guna mesin ni.


No comments:

Post a Comment