Saturday 19 April 2014

APA ITU SERUM?


Apa itu Serum?


Serum adalah sejenis cecair yang mengandungi formula yang berguna untuk memperbaiki struktur kulit. 
Serum terdiri daripada bahan yang berasaskan air yang mudah dan cepat menyerap masuk sehingga ke lapisan dalaman kulit (dermis) dan tidak berminyak.
Serum bertindak untuk merawat pelbagai permasalahan kulit seperti tompok-tompok hitam, kulit kusam, tona warna tak sekata, kering, kedutan dan garis-garis halus yang terdapat pada kulit wajah
membantu mencegah jerawat 
mencerahkan kulit 
memberi kesegaran dan keanjalan pada kulit. 

Serum adalah ejen yang membekalkan vitamin serta mineral yang diperlukan oleh sel-sel kulit. 
Serum muka adalah amat penting untuk semua jenis kulit, dan harus menjadi amalan penjagaan kecantikan harian kita tanpa mengira faktor umur.
 Serum menjadi keperluan bagi kulit kita masa kini yang kerap terdedah kepada radikal-radikal bebas di udara yang boleh menyebabkan kerosakan sel-sel kulit.
Serum berfungsi sebagai ejen pembaik pulih, ejen pencerahan, ejen hidrasi dan ejen anti-penuaan.



Ejen Pembaik Pulih 
Memperbaiki sel-sel yang rosak serta memberi vitamin bagi mempercepatkan penumbuhan sel-sel yang baru. Juga mengelakkan berlaku pembentukan kotoran di bawah kulit muka yang mengakibatkan jerawat.

Ejen Pencerahan
Meratakan tona kulit dengan sekata dan memberi pencerahan pada kulit. 
Ejen Hidrasi 
Membekalkan cairan yang diperlukan oleh muka supaya tidak berlaku pengeringan dan pengelupasan.

Ejen Anti-Penuaan
Mengurangkan garis-garis halus dan kedut serta menurunkan kadar pembentukan tompok-tompok hitam pada kulit. Ia juga dapat menegangkan kulit muka untuk awet muda.



Serum adalah produk mampu milik dan menjadi penyelesaian kepada masalah kulit kita :D



Tips:
Anda boleh pilih serum yang sesuai dengan anda,tapi ingat kalau anda ada jerawat pakai serum untuk jerawat dulu jangan memandai pilih serum yang lain,walaupun kawan anda kata boleh, itu kulit dia kulit anda lain cerita.
Hanya org tertentu boleh pakai apa jenis serum dan banyak orang yang tidak boleh pakai semua jenis serum semasa jerawat , ini adalah kerana jerawat boleh meradang dan jadi lebih teruk , dan akibatnya muka anda akan banyak parut yang lambat nak hilang,nak selamat pakai serum jerawat dulu dah sembuh boleh pakai yang lain.
Bagi yang ada mesin ultrasonic masa nilah nak gunakan.Ada banyak kebaikan kalau guna mesin ni.


Friday 7 March 2014

APA ITU AMPOULE? BAGAIMANA MENGGUNAKANNYA?

Ampoules biasanya berbentuk cecair dan jernih. Disediakan di dalam bekas kaca yang kecil penuh dengan kebaikan aktif pati yang diekstrak. Antaranya pati tumbuhan, vitamin dan gabungan pelbagai jenis enzim.

Ampoules tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet, kerana itu ia disiapkan dalam bekas kaca yang kedap udara.
Seperti serum, ampoules didatangkan pelbagai jenis mengikut jenis kulit. Ia efektif untuk kulit iritasi, hyper-pigmentation dan penuaan. Kesannya boleh dilihat lebih cepat. Gabungkan ampoules dengan kapas muka basah untuk hasil yang lebih baik.

Jadikan ampoules sebagai rawatan di rumah untuk mengawal sebum, menjadikan kulit lembut, halus, hidrat dan kurang berminyak.

Penggunaan Ampoule (secara sapuan luar) adalah yang terbaik kerana ianya hanyalah untuk sapuan di luaran sahaja. Kalau ada masalah pun, satu ke dua hari selesai berbanding dengan Injection dan Laser yang "MAKAN DALAM" secara senyap-senyap.




Cara penggunaan:  Gunakan setiap malam dan pagi. untuk kesan terbaik, mesti habiskan sebotol untuk sekali penggunaan. ampoule yang terdedah kepada udara melebihi 2 jam, sudah tidak boleh digunakan lagi. kalau nak simpan, masukkan dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti sejuk. jangan gunakan ampoule yang sudah disimpan lebih 48 jam. cuma eye care ampoule sahaja yang boleh disimpan. ampoule lain tak digalakkan.



Jenis- jenis ampoules:
Collagen Ampoules:


Sooting hydration ampoules
Ampoule ini di rumus khas untuk mengurangkan kehilangan air pada kulit dan melembapkan kulit. Sesuai  untuk semua jenis kulit terutama sekali kulit kering. Menjadikan kulit tampak lebih berseri-seri. 
**Sesuai untuk semua jenis kulit terutama sekali kulit kering kecuali kulit berminyak.


Eye Care Ampoules:
Mengurangkan bengkak dan lingkaran gelap bawah mata. membantu menghilangkan EYE BAG. Eye Care Ampoule di gunakan dua (2) kali sehari, sapu di sekitar mata dan urut secara membulat. Baki ampoule tadi bolehlah di simpan di dalam peti sejuk dan pastikan botol ampoule itu di tutup serapat-rapatnya untuk mengelakkannya dari di cemari udara. 
**sesuai untuk semua jenis kulit




Ampoules Collagen:
Penggunaan Collagen Ampoule sangat popular dalam proses anti penuaan kerana ianya boleh memperlahankan tanda-tanda penuaan. seperti kedutan, kekeringan, kekusaman dan bintik-bintik hitam (pigmentasi). Collagen Ampoule juga  mampu menghapuskan garis-garis halus dan kedutan akibat penuaan ,dalam masa yang sama ia boleh menambahkan keanjalan dan kecerahan kulit. 
**sesuai untuk semua jenis kulit




Vitamin C Ampoules:
Vitamin C Ampoule sesuai digunakan semua jenis kulit, mengandungi 100% Vitamin C. Menjadikan kulit lebih cerah dan berseri, melewatkan proses penuaan. Vitamin C Ampoule juga digunakan untuk menangani masalah liang pori terbuka dan menjadi agen anti oksidan kepada kulit. tak perlu suntik-suntik vitamin c kat muka, gunakan ampoule ianya lebih selamat dan tak perlu sakit. untuk ampoule ni memang best!
**sesuai untuk semua jenis kulit




Clarifying Ampoules:
Jika anda mengalami masalah parut jerawat, ampoule ni dapat membantu. clarifying ampoule dapat memudarkan parut-parut dimuka dan menyamaratakan rona kulit.

khusus membantu menyelesaikan masalah parut dimuka akibat jerawat, jeragat atau black head. tetapi jika parut yang terlalu lama akibat kemalangan, terkena air panas atau parut berlubang anda boleh cuba serum. serum lebih membantu untuk mengatasi masalah parut kekal ini.
**sesuai untuk semua jenis kulit






 Purifying Ampoules:
Ampoule yang ni pulak sesuai untuk kulit yang ada jerawat dan berminyak. membantu mengawal penghasilan oil sebum. ampoule ni bertindak dengan cara mengering dan menghapuskan jerawat, kerana purifying akan membuang toxin pada kulit muka. 
**sesuai untuk kulit:berjerawat, sensitif dan kulit berminyak.



Ampoules Brightening:
Digunakan untuk memutihkan kulit, mengurangkan bintik gelap, jeragat dan mampu melembapkan wajah. kepada sesiapa yang ada masalah kulit kusam, yang dari jauh nampak kulit macam tak bermaya je tu boleh cuba ampoule jenis ni.
**tidak sesuai untuk kulit berminyak

free consultation

call@whatspp: 0196435224