Apa itu Serum?
Serum adalah sejenis cecair yang mengandungi formula yang berguna untuk memperbaiki struktur kulit.
Serum terdiri daripada bahan yang berasaskan air yang mudah dan cepat menyerap masuk sehingga ke lapisan dalaman kulit (dermis) dan tidak berminyak.
Serum bertindak untuk merawat pelbagai permasalahan kulit seperti tompok-tompok hitam, kulit kusam, tona warna tak sekata, kering, kedutan dan garis-garis halus yang terdapat pada kulit wajah
membantu mencegah jerawat
mencerahkan kulit
memberi kesegaran dan keanjalan pada kulit.
Serum adalah ejen yang membekalkan vitamin serta mineral yang diperlukan oleh sel-sel kulit.
Serum muka adalah amat penting untuk semua jenis kulit, dan harus menjadi amalan penjagaan kecantikan harian kita tanpa mengira faktor umur.
Serum menjadi keperluan bagi kulit kita masa kini yang kerap terdedah kepada radikal-radikal bebas di udara yang boleh menyebabkan kerosakan sel-sel kulit.
Serum berfungsi sebagai ejen pembaik pulih, ejen pencerahan, ejen hidrasi dan ejen anti-penuaan.
Ejen Pembaik Pulih
Memperbaiki sel-sel yang rosak serta memberi vitamin bagi
mempercepatkan penumbuhan sel-sel yang baru. Juga mengelakkan
berlaku pembentukan kotoran di bawah kulit muka yang mengakibatkan
jerawat.
Ejen Pencerahan
Meratakan tona kulit dengan sekata dan memberi pencerahan
pada kulit.
Ejen Hidrasi
Membekalkan cairan yang diperlukan oleh muka supaya tidak
berlaku pengeringan dan pengelupasan.
Ejen Anti-Penuaan
Mengurangkan garis-garis halus dan kedut serta menurunkan
kadar pembentukan tompok-tompok hitam pada kulit. Ia juga dapat menegangkan
kulit muka untuk awet muda.
Serum adalah produk mampu milik dan menjadi penyelesaian
kepada masalah kulit kita :D
Tips:
Anda boleh pilih serum yang sesuai dengan anda,tapi ingat kalau anda ada jerawat pakai serum untuk jerawat dulu jangan memandai pilih serum yang lain,walaupun kawan anda kata boleh, itu kulit dia kulit anda lain cerita.
Hanya org tertentu boleh pakai apa jenis serum dan banyak
orang yang tidak boleh pakai semua jenis serum semasa jerawat , ini adalah
kerana jerawat boleh meradang dan jadi lebih teruk , dan akibatnya muka anda
akan banyak parut yang lambat nak hilang,nak selamat pakai serum jerawat dulu
dah sembuh boleh pakai yang lain.
Bagi yang ada mesin ultrasonic masa nilah nak gunakan.Ada
banyak kebaikan kalau guna mesin ni.